Khamis, 27 September 2012

Ada Apa Pada Usia?

Apahal blur dan 'ting tong' sangat ni??? Tak tau nak update apa lately ni...takda yang interesting nak share.

Tapi untuk tidak mengecewakan diri aku, aku update gak blog ni. Pada 25 September 2012, aku dah setahun melebihi kumpulan 3 siri. Apa ada hal dengan usia? Siapa cakap takda...memang tak tahu ilmu kira-kira betui.

Kronologi ringkas tentang usia kita:

1. Setahun demi setahun usia kita berubah. Bermula dari dalam perut ibu, ke baby manja a.k.a comel ke kanak-kanak nakal. Then kena pergi tadika, sekolah rendah dan sekolah menengah. Pastu masuk U.  (part masuk U yang paling best...yang rombongan menghantar ramai, pastu ada adegan Sembilu pulak kat situ. Siap kena bawa tisu spare)

2. Paling best, tentu tang part boyfren dan girlfren. Dating berdua bagaikan syurga aku yang punya. Cewahhh..

3. Tidak berhenti di situ. Mai pulak soalan, "Hang keje apa, keje kat mana."..banyak bil berlegar di kepala nak kena bayar.

4. Selang lepas tu, soalan macam ni pulak korang kena jawab, "Bila nak kahwin ni, dah besar panjang dah.   Dah boleh jaga anak orang ni."

5. Bila dah jadi suami or isteri, korang pasti familiar dengan soalan macam ni kan. " Dah ada berapa orang anak?"

6. Untuk suami/ lelaki pulak, ada soalan nakal untuk korang dari kawan-kawan seperti, "Ada berapa cawangan dah?" (sambil tersenyum sorang-sorang)  

7. Bila anak korang dah kahwin, korang kena jawab soalan ni pulak. "Berapa orang cucu dah?"

8. Sakit / uzur .....bye bye bye dunia. ( yang ni tak kira muda atau tua)

Mesti korang familiar dengan soalan-soalan macam tu kan...(cuma aku belum sampai bahagian no 6 dan 7) Tiba masa, aku pun pasti diaju soalan macam tu, cuma yang no 6 tu bahaya sikit...takut selipar hinggap di kepala. Ha ha ha!!!


                                 
                                    Tq Paksu Im & Ichi for the lovely kek 
















Anyway, apa yang aku nak share dengan korang adalah, memang ada perbezaan dari setahun ke setahun pada diri kita. Seperti aku sendiri, dah ada seorang isteri ( harap-harap isteri terlepas pandang blog ni) dan dua orang puteri iaitu Hana' Humairah dan Hana' Maisarah yang menjadikan hidup aku lebih seronok dan dihargai.

My lovely Queen & Heroin 

Terima kasih kepada Wan, Tuk, Mak, Ayah, Ichi, Kakak, Adik dan semua yang menjadikan hidup aku lebih bermakna and make my jouney more interesting. Kepada yang Wish dan mendoakan aku, jutaan terima kasih dan sepertimana doa kalian, begitu juga doa aku terhadap korang semua.

Semoga Allah SWT sentiasa merahmati dan melindungi kita semua..Insyaallah...AMIN...


Isnin, 24 September 2012

Sporty & Seksi



“Ayah, kereta ni best. Cantik. Ni kete apa,” tanya Humairah pada aku.

“Ni Volvo, kakak," jawab aku. 

"Ni kereta apa kakak,” tanya aku pula (nak cek, Humairah boleh ingat tak?)

Humairah dengan selamba jawab, “Ooo, Volvo. Jom naik, bawa kakak dan adik gi jalan-jalan. "




Ruang yang selesa 

Baru-baru ni, aku test drive Volvo T4 1.6 liter. Jenama Volvo bukanlah favourite sangat kepada generasi muda macam aku. Jenama ini lebih sinonim kepada golongan berumur yang suka memandu secara santai tanpa terlalu memikirkan mengenai reka bentuknya.

Begitu juga dengan aku. Skeptikal aku terhadap Volvo, kereta ni untuk orang tua. Orang muda lebih gemar drive BMW, Mercedes dan Volkswagen.  

Tapi, persepsi aku berubah sebaik aku test drive T4. Terdapat dalam tiga varian. T6 3.0 liter (CBU) dan model pemasangan tempatan (CKD) T5 2.0 liter dan T4 1.6 liter Turbo.

Highway Duke menjadi medan uji aku. Perghhhh…. mengancam jugak…Not bad at all…CC kecik tapi boleh henjut sampai maksimum 225 km/h.  

Reka bentuk pun boleh tahan. Menarik, sporty dan seksi.  Pikap T4 memang terasa. Ringan tetapi T4 agresif.



Spesifikasi
Kapasiti: 1.6cc
Kuasa maksimum: 180 @5700 hp@rpm
Tork maksimum: 240 @ 1600-5000 Nm@rpm
Transmisi: 6 kelajuan powershift
Kelajuan maksimum: 225
Harga: RM220, 290 tanpa insurans




Hujung Minggu

Hujung minggu lalu, aku agak sibuk dengan beberapa personal matters.  Sabtu, 22 September 2012, aku, isteri, Humairah dan Maisarah merayau-rayau mencari tadika untuk Humairah yang akan berusia 5 tahun next year.

Pagi-pagi lagi, Humairah dah bangun dan bersiap untuk melihat tadikanya. She’s so excited and full of spirit. Baguslah macam itu. Jangan jadi macam aku yang takut nak ke tadika sampai menyorok bawah katil dan kunci pintu, sehingga ayah aku terpaksa pecahkan pintu untuk pujuk aku ke tadika..He he he (itu semua cerita lama)

Pusing punya pusing, kami masih belum berjumpa dengan tadika yang sesuai. Sorry Humairah, mission to be continued.  Misi kami tidak berhenti di situ, Humairah ajak ke Baskin Robbins (BR) pula. Sebagai ayah yang loving (Jangan marah ye, Ibu) aku ikut aje. Dah menjadi macam satu kemestian seminggu sekali, Humairah dan Maisarah mesti ke BR. Wahhh!!! Budak2 sekarang.

Suka sangatttt...

Kedua, Ahad, 23 September. Aku ke kursus Haji. Cewahhh…bukan aku yang pergi Haji tapi aku sekadar menemani mak aku mengikuti kursus Haji di bawah bimbingan tokoh agama terkenal, Dato’ Ustaz Haji Md Daud Che Ngah.

Memang aku tak lepaskan peluang bila mak inform aku, yg Dato’ akan bagi kursus tu. Siapa tak kenal dengan Daud Che Ngah. Sejak aku sekolah rendah lagi, dia memang memang popular dan pakar serta menjadi sumber rujukan bagi jemaah yang ingin menunaikan haji dan umrah.

Aku memang terdedah dengan ceramah-ceramahnya sejak kanak-kanak terutama dalam program Forum Perdana dulu. Seingat aku, sewaktu emak dan ayah aku pergi menemui Baitullah pada 2002 buat kali pertama, CD Dato’ dijadikan panduan teori dan praktikal. Malah, jika aku tak silap, CD tersebut banyak memberi manfaat kepada saudara mara aku yang meminjamnya untuk rujukan mereka.  

Walaupun sekadar menemani emak, aku bersyukur sebab dapat bertemu dengan Dato’ dan menimba tips berguna dari beliau.  Bukan itu sahaja, aku turut menerima beberapa buah buku hasil penulisan beliau iaitu Kursus Kesempurnaan Ibadat- Haji & Umrah, Tuhan…Terimalah Aku dan paling best, catatan yang ditulis beliau pada aku dan isteri:

Maisarah pejam mata sebab malu...


Am & Ain
Didoakan agar dapat panduan menyeluruh dan lengkap semasa menunai haji dan umrah serta ziarah. Insyallah mendapat Mabrur. Wassalam.  (siap tandatangan lagi) 

Dato’ sempat berpesan agar, memanfaatkan ilmu yang diberinya, semoga syafaat dan berkat itu dapat juga kepada dirinya. Insyaallah, Dato'. 

·         Semoga suatu hari nanti, aku dan isteri menerima panggillan Yang Maha Esa untuk menunaikan Haji sebagai satu jalan jihad dan penghapusan dosa.


Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud “ Suatu umrah kepada umrah yang lain adalah kafarah (menghapuskan segala dosa) di antara keduanya dan haji yang mabrur (diterima) itu tiada balasan baginya selain syurga.” – HR Bukhari

Khamis, 20 September 2012

Jauh Di Mata Dekat Di Hati

Sejak kebelakangan ini, memang hati aku asyik teringat kat Amir. Siapa dia Amir ni? Amir atau nama penuhnya Amir Irfan adalah anak kepada adik aku sekaligus menjadi anak buah aku.

Disebabkan Amir adalah anak buah tunggal kat sebelah aku, jadi secara tak langsung dia menjadi anak buah 'favourite' aku. (kalo ada ramai, siapa pandai amik hati aku, dia la favourite...ha ha ha)

* PERHATIAN:  Cepat-cepat tambah anak....
   (Dituju khas buat adik dan adik ipar aku)

Betullah cakap orang-orang tua, jauh di mata tapi dekat di hati. Begitulah apa yang aku rasa sekarang ini terhadap Amir.  Berusia sebaya dengan Humairah, Amir dilahirkan di Penang pada 12 Jun 2008. Anak Mami dia ni. Amir dengan aku memang manja. Jadi tidak hairanlah, dia panggil aku dengan panggilan ayah.

Umi Amir selalu cakap, yang hero dia ni macam pelakon Cun dan Jiwa Taiko tu, Remy Ishak. Betui ka? Korang tengok betui2, ada persamaan tak?

Amir
Remy

Amacam, sama tak? Handsome tak anak buah aku? Mesti korang jawab handsome...Terima kasih byk2 (sambil menggenggam buku lima)

Baru-baru ni, Amir ada menang acara sukan di tadika dia. Boleh tahan juga anak buah aku ni. Umi dia kata, Amir menang acara Rabbit Goesto Town dan Tick Tack Toe. Kalo ikut genetik, memang Umi dulu masa kat sekolah, terer bersukan. Pernah jadi Olahragawati la katakan. (Oppss, sekarang boleh lagi ke???)

Aku sebagai bapa saudara dah tentu la. Semua jenis sukan aku bolot main masa kat sekolah dulu kecuali bola jaring. Mengikut hieraki genetik paling atas lagi, sudah tentu Wan kepada Amir. Wan memang 'All Rounder'. Perkataan paling mudah nak describe Wan adalah gifted (berbakat). Bagi apa saja, semua Wan boleh main.

Muka ala The Rock

Gambar di atas adalah bukti akan kehebatan Amir. Bukan aku nak saja puji, tapi memang dah ada dalam genetik dia.

Aku dah angkat melambung Amir ni, so kepada Umi, Abi dan Amir, jika baca blog ni dan ada kelapangan, balik la rumah Wan dan Granny....Rindu kat korang...


Rabu, 19 September 2012

Masak

Semalam, sedang kami menonton drama bersiri Keluarga Iskandar di Astro, (drama wajib tonton buat kami selain Adam dan Hawa yang tengah meletup sekarang ni). Ada satu part yang menarik perhatian aku di mana seorang suami yang gemar masak untuk isterinya.

Lebih kurang begini skripnya. "Sayang, abang masak ye hari ni. Sayang nak makan apa, abang masakkan. Abang masak sedap.".

Sebaik berakhir skrip tu, dengan selamba, Humairah yang tengah berbaring sambil minum susu dan King Kong dalam pelukannya berkata, "Pandai ke lelaki masak,"?...OMG

Terkejut aku mendengar statement tu, apatah lagi dari Humairah.

Humairah, Humairah...jika dah pandai baca nanti, tolong baca blog ayah ni ye (termasuk Adik sekali ok)...For info, kaum Lelaki memang pandai, bukan setakat pandai tapi hebat memasak. Siapa tidak kenal dengan Chef Zubir (MasterChef), Datuk Chef Wan dan Datuk Fazley Yaakob (juara MasterChef Selebriti), semuanya lelaki kan. Mereka dah membuktikan lelaki sememangnya hebat memasak, bukan wanita sahaja tau.

Fazley...cewahhh


Aku faham kenapa Humairah tanya macam tu, sebab dia tak pernah tengok aku dan wan dia masak. Bagi dia, aku buat Maggi Cup pun dia dah kata ayah hebat.

Bab masak ni memang lucu bagi aku. Apa taknya, sejak enam tahun bergelar suami dan empat tahun jadi ayah, aku memang tak tahu masak. Sebenarnya bukan tak tahu, cuma aku malas aje. Selain Maggi, air dan nasi, itu aje yang aku pakar.

Setiap kali isteri aku 'berpantang' selepas kelahiran anak, terpinga-pinga aku nak masak apa. Mujur, mak dan mak mertua ada untuk masakkan. Setiap kali berpantang jugalah, aku cakap kat isteri aku, yang aku akan belajar masak tapi sampai ke sekarang, tak masak-masak. (Isteri aku patutnya suka sebab aku tak tahu masak, kalo aku tahu, memang dapur tu aku punya la)


Moral: Lelaki kena pandai masak untuk kenyang perut sendiri!



Maisarah a.k.a Adik

Hana' Maisarah namanya. Dilahirkan pada 13 Mac 2010. Kalo perasan, both my two girls lahir pada bulan 3. Si kakak pada angka 1 dan Maisarah pula 13. Hadirnya dua heroin ini ke dalam hidup aku bermakna aku dah ada 3 kaum Hawa dalam diri aku. Yang seorang lagi tu Ratu la. Bermakna, secara tak langsung, kuota  untuk aku tinggal seorang lagi Hawa. (Ha ha ha ha..ada hati)

Maisarah atau Adik, panggilan yang aku selalu panggil dia. Aku sendiri menyambut kelahiran Adik masa dia lahir dulu. Jika sebelum ni, aku memang fobia dengan darah, tapi masa Adik lahir, aku steady aje, berdiri sebelah doktor dalam labour room lagi. Aku siap tengok macam mana Adik keluar lagi. Tak pengsan pun. Amacam Adik, terer tak ayah?

Seperti kelahiran Humairah, aku juga tidak tahu status jantina anak aku sehinggalah mereka dilahirkan. Walaupun ada teknologi canggih Scan yang boleh kita expect jantina bayi dilahirkan sama ada 2D, 3D dan 4D, aku tak amik kisah. Pada aku, apa jua jantina, aku terima dengan penuh syukur. Tak excited kalo tahu awal.

Dan, pada 13 Mac 2010, keluarlah Adik...(jeng, jeng, jeng,)

Cute tak saya? 

Amacam cute tak? Confirm korang akan cakap dia cute (macam ayah dia la) Adik sekarang dah 2 tahun. Ke mana sahaja Adik pergi, dia sering jadi tumpuan. Sebab apa? Tengok kat rambut dia tu...Aku pun tak tau macam mana, Adik dapat rambut macam tu.

Mungkin masa isteri aku mengandung kat Adik dulu, dia 'geram' kat mak dia kot...(He he he) Mak mertua aku, rambut macam Adik gak. Selain rambut sama, persamaan lain Adik dengan nenek dia adalah, suka makan buah dan kacang. Jumpa aje buah, itu yang dicapai dulu.

Atau Adik ikut belah aku, yang mana, adik aku pun berambut kerinting. Aku masih ingat lagi masa sekolah rendah dulu, kawan-kawan selalu tanya aku, "Mana adik ko yang rambut Maggi tu."? Jadi tak hairanlah aku, mana Adik dapat rambut macam tu.

Rambut Adik semakin popular selepas lagu Awan Nano muncul juara. Dan sejak itu juga, Adik sering dipanggil Awan Nano.

Selasa, 18 September 2012

Blog

Sejak tiga tahun lalu, aku teringin nak buat blog sendiri...(masa tu seronok tgk kawan2 ada blog) tapi tangan aku rasa berat aje nak buat. Tapi hari ini, 18 September 2012, entah macam mana tangan aku mula gatal nak berblog...jadi bermulalah aku berblog...cewah sound interesting aje...

Tak ada apa yang istimewa sangat nak aku kongsikan tp cukuplah sebagai diari aku...dan paling penting aku nak suatu hari nanti, bila anak-anak aku dah pandai membaca, diaorang boleh baca blog aku...(ha ha ha...itu aje sebab wujudnya blog aku ni)

Kat para 2 tadi aku ada ckp pasal anak2...oppss, terlepas pulak aku cakap pasal anak..mungkin disebabkan ini jugalah aku tak dapat nak ngorat Siti Saleha, Diana Danielle dan Izara Aishah...(dalam hati aku, janganlah orang rumah aku baca blog ni)...nanti berpuasa pulak aku...

Gambar bawah ni...anak sulung aku....Hana' Humairah nama dia...lahir 1 Mac 2008..

princess aku...sentiasa dgn King Kong dia

Sekarang ni umur dia dah empat tahun. Petah bercakap, pandai fesyen, berani, suka makan, pandai bodek wan dan granny dia, pakej yang membuatkan aku sentiasa ingat kat ibu dia...sebijik macam ibu dia...anak ibu la katakan..

Humairah ni, ke mana sahaja dia pergi mesti dengan King Kong dia (macam yang dia pegang dalam gambar di atas) Sebenarnya itu bukan King Kong, tapi monyet tak silap aku. Macam mana dia suka benda alah tu semuanya bermula masa dia ikut kami ke Bukit Merah..kat situ, dia tengok baby Orang utan diberi susu, makan, pakai pampers dan macam2 lagi. Sejak King Kong tu masuk rumah kami hasil pemberian sepupu aku, terus melekat King Kong tu dengan Humairah.

maaf, blur sikit....


Macam2 Humairah buat kat King Kong tu..pakai pampers, minum susu olok-olok, lekat Cool Fever dan bagi makan.

Aku rasa kalo penerbit filem King Kong tengok Humairah, confirm dia amik Humairah jadi heroin filem dia...