Isnin, 21 Januari 2013

Sampai bila Chong Wei


Chong Wei menang lagi
Dia dalam kelas tersendiri
Siapa masuk gelanggang jadi mangsa
Ibarat harimau menanti saat menerkam
Smash, drop shot, net play, semangat juang tinggi
Semua ada pada Chong Wei

Persoalannya, sampai bila
Tiada nama lainkah, selain Chong Wei
Mana pergi pelapis negara
Diperap, disimpan dalam kepompong
Peminat terus tertanya, risau, menanti
 Akan lahirnya satu lagi Chong Wei...


* (Dicoret selepas Chong Wei mudah tewaskan pemain Indonesia, Sony Dwi Kuncuro di final Terbuka Malaysia 2013 untuk kejuaraan kali ke-9 dirinya di kejohanan itu) 

Humairah & isteri bersama CW. 


Kenangan sewaktu menjadi wartawan sukan. 


Nota:  a. Rindu nak lihat Malaysia menang Piala Thomas yang kali terakhir dimenangi pada 1992.
           b. Nak tengok pemain negara rangkul pingat emas di Sukan Olimpik. 
          C. Nak tengok pemain negara muncul juara di Kejohanan Badminton Dunia. 

Bila hospital dianggap hotel

Permulaan 2013 tidak seperti yang dirancangkan.  Saya dan Hana’ Humairah terlantar di hospital yang jumlahnya jika digabungkan adalah selama 9 hari. Saya di situ selama 3 hari dan Humairah pula 6 hari. Bukan setakat kami berdua, isteri dan Hana’ Maisarah turut menemani kami di sana, ibaratnya kami berkampung di hospital.

Puncanya, saya disahkan kena denggi manakala Humairah pula demam panas sehingga suhu badannya mencecah 40.7.  Memang, itu bukan yang saya rancangkan untuk permulaan tahun baru ini tetapi kita manusia sekadar merancang.

Kuasa bukan di tangan kita sebaliknya Allah SWT sudah terlebih dahulu merancang apa yang terbaik buat hambanya. Syukur Alhamdulillah dan terima kasih. Kami seisi keluarga menerimanya dengan redha dan bersyukur kerana diberi peluang untuk masih bernafas di dunia milik-NYA.

Saya memang segan dengan hospital apatah lagi nak buat pemeriksaan kesihatan. Seram sejuk saya dibuatnya bila nak kena pergi hospital.  Berbuih mulut mak dan isteri saya berleter mengenainya, tapi saya buat dek aje. Tetapi kali ini saya tidak dapat mengelak. Disangkakan demam biasa aje yang boleh disetelkan dengan panadol, tapi saya silap. Suhu badan makin meningkat, pening kepala, sakit tekak dan sakit badan. Lemah semacam aje. Ohhh, selepas dua kali ujian darah dilakukan, rupanya kena denggi….

Selama beberapa hari di hospital, saya dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan. Bagi saya, duduk di hospital membuatkan saya terasa seperti kereta rosak yang masuk bengkel. Dari satu masalah ke satu masalah. Macam-macam  penjelasan doktor bagi.  Ada bagusnya juga saya kena tahan wad,  ia membuatkan saya sedar betapa kita perlu menghargai kesihatan diri. Jika tidak sihat, apa pun tak boleh buat. Siapa yang rugi, lu pikir la sendiri!

Terlantar di hospital juga membolehkan saya melihat erti kasih sayang sebenar. Isteri terutamanya. Tetap setia menemani saya siang dan malam.  Walaupun saya suruh dia balik rumah untuk menemani anak-anak sebelum Humairah ditahan wad. Dia tetap setia di samping aku.

Terima kasih banyak-banyak. Saya amat menghargainya. Walaupun kesibukan, ayah tetap datang melawat saya dan Humairah setiap lewat malam. Mak, mak mertua, adik dan adik beradik ipar turut menelefon bertanya khabar dan melawat.  Ada juga rakan-rakan dan saudara mara yang SMS dan WhatsApp agar cepat sembuh. TQVM semua. 

Jika saya dan isteri resah di hospital, berlainan pula dengan Humairah dan Maisarah.  Berkampung di hospital sudah seperti vacation di hotel.  Ada satu part di mana Humairah cakap dekat aku, “ Ayah, hospital ni best dan cantik”.

“Aikk, apa yang bestnya,” tanya saya.

“Ye la, ada tv, air cond, bilik pun cantik. Boleh main-main kat tempat mainan (merujuk pada bilik mainan untuk kanak-kanak). Macam hotel.  Tapi swimming pool aje takda,” katanya.

Sambil adiknya, Maisarah menganggukkan kepala tanda setuju dengan kakaknya.

Saya dan isteri hanya mampu tersenyum mendengar kata-kata Humairah itu. 

Sebaik Humairah dibenarkan keluar dari hospital Sabtu lalu, memang kami amat lega. Paling best, Humairah dan Maisarah masing-masing mendapat hadiah. Alasan mereka, sebab dah keluar hospital.

Apa boleh buat, sayang punyal pasal, dibelikan juga……(mood ceria)


Shasha (kanan) teman Humairah makan. 



Maisarah (depan) dan Uzma satu kepala. 


Sehari sebelum discharged. 


Pose selepas discharged.