Ada apa?
Merenung ke langit yang sedang mendung...
Mencari sesuatu yang tersembunyi...
Hana HumaiSarah
Blog Macam-Macam Cerita
Khamis, 9 Mei 2013
Biarkan air mata ini mengalir
Dan terus mengalir
Membasahi pipi
Tatkala dua tapak tanganku
Memohon kau diberi kekuatan fizikal
Dikukuhkan semangat rohmu
Agar terus membara
Penat tiada dalam hidupmu
Seluruh jiwa ragamu kau serahkan
Tiada dayaku membantumu
Sekadar doaku mengiringimu...sentiasa...
Catatan Hana Humaisarah pada 8 Mei 2013.. sewaktu memandu dalam perjalanan pulang ke rumah.
Dan terus mengalir
Membasahi pipi
Tatkala dua tapak tanganku
Memohon kau diberi kekuatan fizikal
Dikukuhkan semangat rohmu
Agar terus membara
Penat tiada dalam hidupmu
Seluruh jiwa ragamu kau serahkan
Tiada dayaku membantumu
Sekadar doaku mengiringimu...sentiasa...
Catatan Hana Humaisarah pada 8 Mei 2013.. sewaktu memandu dalam perjalanan pulang ke rumah.
Isnin, 21 Januari 2013
Sampai bila Chong Wei
Chong Wei menang lagi
Dia dalam kelas
tersendiri
Siapa masuk
gelanggang jadi mangsa
Ibarat harimau menanti
saat menerkam
Smash, drop shot, net
play, semangat juang tinggi
Semua ada pada Chong
Wei
Persoalannya, sampai
bila
Tiada nama lainkah, selain
Chong Wei
Mana pergi pelapis
negara
Diperap, disimpan
dalam kepompong
Peminat terus
tertanya, risau, menanti
Akan lahirnya satu lagi Chong Wei...
Humairah & isteri bersama CW. |
Kenangan sewaktu menjadi wartawan sukan. |
Bila hospital dianggap hotel
Permulaan 2013 tidak seperti yang dirancangkan. Saya dan Hana’ Humairah terlantar di hospital
yang jumlahnya jika digabungkan adalah selama 9 hari. Saya di situ selama 3
hari dan Humairah pula 6 hari. Bukan setakat kami berdua, isteri dan Hana’
Maisarah turut menemani kami di sana, ibaratnya kami berkampung di hospital.
Puncanya, saya disahkan kena denggi manakala Humairah pula
demam panas sehingga suhu badannya mencecah 40.7. Memang, itu bukan yang saya rancangkan untuk
permulaan tahun baru ini tetapi kita manusia sekadar merancang.
Kuasa bukan di tangan kita sebaliknya Allah SWT sudah
terlebih dahulu merancang apa yang terbaik buat hambanya. Syukur Alhamdulillah
dan terima kasih. Kami seisi keluarga menerimanya dengan redha dan bersyukur
kerana diberi peluang untuk masih bernafas di dunia milik-NYA.
Saya memang segan dengan hospital apatah lagi nak buat
pemeriksaan kesihatan. Seram sejuk saya dibuatnya bila nak kena pergi hospital.
Berbuih mulut mak dan isteri saya
berleter mengenainya, tapi saya buat dek aje. Tetapi kali ini saya tidak dapat
mengelak. Disangkakan demam biasa aje yang boleh disetelkan dengan panadol,
tapi saya silap. Suhu badan makin meningkat, pening kepala, sakit tekak dan
sakit badan. Lemah semacam aje. Ohhh, selepas dua kali ujian darah dilakukan,
rupanya kena denggi….
Selama beberapa hari di hospital, saya dikehendaki menjalani
pemeriksaan kesihatan. Bagi saya, duduk di hospital membuatkan saya terasa
seperti kereta rosak yang masuk bengkel. Dari satu masalah ke satu masalah.
Macam-macam penjelasan doktor bagi. Ada bagusnya juga saya kena tahan wad, ia membuatkan saya sedar betapa kita perlu
menghargai kesihatan diri. Jika tidak sihat, apa pun tak boleh buat. Siapa yang
rugi, lu pikir la sendiri!
Terlantar di hospital juga membolehkan saya melihat erti
kasih sayang sebenar. Isteri terutamanya. Tetap setia menemani saya siang dan
malam. Walaupun saya suruh dia balik
rumah untuk menemani anak-anak sebelum Humairah ditahan wad. Dia tetap setia di
samping aku.
Terima kasih banyak-banyak. Saya amat menghargainya.
Walaupun kesibukan, ayah tetap datang melawat saya dan Humairah setiap lewat
malam. Mak, mak mertua, adik dan adik beradik ipar turut menelefon bertanya
khabar dan melawat. Ada juga rakan-rakan
dan saudara mara yang SMS dan WhatsApp agar cepat sembuh. TQVM semua.
Jika saya dan isteri resah di hospital, berlainan pula dengan
Humairah dan Maisarah. Berkampung di
hospital sudah seperti vacation di hotel.
Ada satu part di mana Humairah cakap dekat aku, “ Ayah, hospital ni best
dan cantik”.
“Aikk, apa yang bestnya,” tanya saya.
“Ye la, ada tv, air cond, bilik pun cantik. Boleh main-main
kat tempat mainan (merujuk pada bilik mainan untuk kanak-kanak). Macam
hotel. Tapi swimming pool aje takda,”
katanya.
Sambil adiknya, Maisarah menganggukkan kepala tanda setuju
dengan kakaknya.
Saya dan isteri hanya mampu tersenyum mendengar kata-kata
Humairah itu.
Sebaik Humairah dibenarkan keluar dari hospital Sabtu lalu,
memang kami amat lega. Paling best, Humairah dan Maisarah masing-masing
mendapat hadiah. Alasan mereka, sebab dah keluar hospital.
Apa boleh buat, sayang punyal pasal, dibelikan juga……(mood
ceria)
Shasha (kanan) teman Humairah makan. |
Maisarah (depan) dan Uzma satu kepala. |
Sehari sebelum discharged. |
Pose selepas discharged. |
Isnin, 31 Disember 2012
Macam Dora....Ye kerrr?
Sebab apa? Sebabnya, Humairah asyik cakap yang baju dia dah
ketat dan tak muat. “Kakak takda baju dan seluar nak pakai.” (Siap tunjuk baju-baju di dalam almari
bajunya)
Bukan itu sahaja,
Humairah turut nak beli kasut sebab
kasut pun dah ketat. “Kesian kakak, kaki sakit sebab kasut ketat.” (Sambil membuka almari kasut di luar rumah
dan membuat muka kesian meminta simpati saya dan ibunya)
Adiknya, Maisarah ‘cool’ seperti biasa. Tak minta apa-apa (ketika
di rumah).
Di shopping complex, memang huru-hara dibuat dua heroin saya ini. Apa taknya, si kakak memegang
bakul sendiri sambil si adik mengambil apa sahaja dan memasukkan ke dalam
bakul. Boleh londeh seluar si ayah kalau ikut semua kehendak dua-dua heroin itu.
Tidaklah lama sangat nak cari barang-barang anak-anak ni. Adalah
dalam dua ke tiga jam aje (sambil letak dua tangan
di bahu, dan menjelir lidah). Humairah dan Maisarah gembira dapat beberapa helai baju, seluar,
kasut seorang sepasang, 4 legging untuk kakak dan mereka juga dapat bonus.
Apa bonusnya??? Mereka dapat bermain
di playground sambil ditemani ayah. Yahooooo!!! Seronok tak terkata. Tidaklah lama,
sekadar 40 minit aje. Ingatkan anak-anak aje ada misi, rupa-rupanya, si isteri
pun mempunyai misi yang tersembunyi. Si
isteri tiba di playground dengan muka yang tersenyum gembira. Di kedua-dua
tangan ada memegang paper bag.
“Beli apa tu,” tanya saya pada isteri.
“Adalah sikit-sikit,” jawab isteri.
( Rupa-rupanya si isteri juga sempat amik tidak banyak
sekadar dua pasang kasut dan beberapa helai baju….ehem, ehem sambil buat
jelingan tajam)
Saya ingatkan selepas itu kami semua boleh balik ke rumah
sebab saya dah mula terbayang bantal empuk dan tilam di bilik saya. Maklumlah,
cuti hujung minggu.
Tetapi, tiba-tiba Humairah pulak cakap dia nak gunting rambut
bagi pendek. Saya tidak bersetuju kerana saya suka tengok dia berambut panjang.
Namun, si ibu pulak menyokong agar potong rambut bagi pendek
sebab nak masuk tadika. Jadi
keputusannya bila 2 lawan 1 sudah tentu saya terpaksa ikut aje.
Melihat rambut Humairah digunting, saya pun tertarik untuk
memotong rambut.
“Abang, nak fesyen apa,” tanya Lim (tukang gunting, pemuda
berusia 23 tahun)
“Fesyen apa, potong
aje la ikut apa yang awak rasa sesuai,” jawab saya.
Selama ini, saya hanya menggunting rambut di kedai mamak
sebab murah dan dapat urut lagi selepas gunting. Bunyi PRAPPPP bila mamak pusing leher...memang best...Tapi kali ini, saya bertukar
pulak ke hair salun. Manalah tahu pasal fesyen-fesyen ni.
Selesai gunting rambut. Maisarah cakap rambut ayah cantik,
ayah hansem…macam Am (rujuk Aaron Aziz dalam cerita Adam dan Hawa)
Humairah pulak cakap, “Am dalam TV tu lagi hensem.” ( Hu hu hu)
Humairah berjalan bangga keluar dari salun potongan rambut barunya. Dia
kata macam Dora….Ye kerrr?
Humairah (kanan) sebelum rambut digunting. |
Gaya potongan rambut baru Humairah... |
Sabtu, 29 Disember 2012
Mekah Kami Datang
Ini bukan entri sambungan filem
Istanbul Aku Datang…..
Sekadar catatan yang dibuat ketika jiwa dan hati diusik saat di Tanah Suci...
Tinggal beberapa hari sahaja lagi
tahun 2012 akan menutup kalendarnya. Pejam celik pejam celik dah nak masuk
2013. Lebih kurang 10 bulan yang lalu, saya, isteri, Hana' Humairah dan Hana' Maisarah berpeluang
menjadi tetamu Allah SWT di Tanah Suci Mekah dan Madinah untuk menunaikan
ibadat Umrah.
Alangkah manisnya pengalaman yang
kami lalui di sana. Tiada tandingan. Memang sukar untuk digambarkan dengan kata-kata. Tanyalah pada sesiapa yang pernah ke sana, sama ada menunaikan ibadat Umrah atau Haji, pastinya mereka akan rasa rindu
untuk pergi ke sana sekali lagi. Walaupun sudah 10 bulan berlalu, perasaan
rindu itu masih menebal. Seolah ada magnet kuat yang menarik untuk ke sana.
Saya masih ingat lagi sewaktu
saya dan isteri menyatakan hasrat untuk menunaikan umrah bersama anak-anak. Ada yang mempersoalkan langkah
kami untuk membawa anak-anak sekali ke sana, dikhuatiri akan menyukarkan kami
untuk melakukan urusan ibadat ketika di sana. Tetapi sebaliknya pula yang berlaku.
Terharu melihat anak-anak cukup
bersemangat ketika diajar melakukan Miqat dan mengalunkan ‘Labbaikallah
Hummalabbaik’ di atas kapal terbang.
Walaupun jam sudah menunjukkan pukul 1.30 pagi waktu di Mekah, kami
semua terus melakukan ibadat Umrah pertama kami. Perjalanan kami cukup mudah
sehinggakan tidak terasa air mata kami mengalir dengan apa yang diberikan Maha
Esa. Allah Maha Besar, sesungguhnya tiada tempat untuk kami berlindung melainkan
kepada Engkau.
Di dalam kapal terbang..niat di Miqat |
Walaupun kepenatan kerana
mengharungi perjalanan panjang dari
Malaysia ke Mekah sehinggalah ke hotel sebelum umrah pertama kami, kepenatan
itu hilang sebaik sahaja kami selesai melakukan semua rukun umrah.
Alangkah bersyukurnya kami,
kerana segala urusan kami di sana berjalan dengan lancar dan anak-anak cukup
memahami walaupun pada ketika itu Humairah berusia 4 tahun dan Maisarah pula 2 tahun. Boleh dikatakan hampir setiap waktu kami
membawa anak-anak menunaikan solat fardu di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi kecuali solat Subuh
yang mana anak-anak ditinggalkan bersama isteri di hotel.
Rutin setiap hari di Tanah Suci,
sementara menunggu kepulangan saya dari solat Subuh, isteri menyiapkan
anak-anak untuk bersarapan pagi sebelum kami bersama-sama menunaikan sunat
Dhuha berdekatan Kaabah. Rezeki anak-anak kami berpeluang melihat Kaabah dengan
mata mereka sendiri dan cukup dekat. Impaknya cukup kuat sehinggakan hari ini.
Tiada kata-kata dapat
menggambarkan perasaan ketika sujud dan menadah tangan berdoa di depan Kaabah.
Cukup besar rahmatMu Ya Allah. Betapa
kerdilnya diri ini apabila perjalanan kami sekeluarga seolah ‘dilorongkan’
sehingga tiba-tiba berada betul-betul di depan Kaabah. Dapat menyentuh Kaabah,
berdoa di Multazam dan mencium Hajar Aswad merupakan kenangan terindah dalam
hidup kami. Semua ini berlaku pada 1 Mac 2012 yang bersamaan dengan hari lahir
Humairah yang ke-4. (Buat anakanda Humairah, ingat tarikh ini
kerana ia mempunyai erti yang cukup besar buatmu dan kita sekeluarga)
Bagi Maisarah misalnya, dia kerap
bertanya kepada saya dan isteri, “Bila nak gi Kah (Mekah), Adik nak ngok abah
(Kaabah)? Adik pandai amik perkataan
hujung sahaja…
Sejak pulang dari Tanah Suci,
setiap kali ada orang bagi mereka duit, mereka akan menyuruh saya menyimpan
duit itu sambil berpesan, “Ayah, nah simpan duit ni, nanti nak pergi Mekah,”
kata Humairah.
Bagi kami, tarikh 26 Februari
hingga 9 Mac 2012, merekod banyak memori indah seperti rindu bau Taman Raudhah
ketika di Masjid Nabawi, sejuknya dataran Kaabah ketika sujud, laungan azan
Masjil Haram, solat Jumaat, minum air zam zam di setiap sudut masjid, keenakan nasi arab, ais krim 3
rial, jus fruit layer kegemaran isteri, susu unta segar, dicium unta, buah
kurma segar, perkuburan para sahabat Rasullullah SAW dan pejuang Islam, Jabal
Rahmah tempat pertemuan Adam dan Hawa, jubah-jubah cantik di Madinah, kesungguhan peniaga Arab berpusu-pusu lari ke
masjid untuk solat sebaik azan dilaungkan dan macam-macam lagi yang sukar saya
terjemahkan dalam tulisan ini.
Indahnya malam, cahaya langit
ketika Subuh, angin bertiup sehingga mencucuk liang roma pada waktu Subuh dan
bacaan surah ketika solat oleh Imam membangkitkan adrenalin dalam tubuh ini.
Indahnya Masjidil Haram |
Sejujurnya dan dengan rendah
diri, saya dan isteri melahirkan rasa syukur dan menginsafi betapa sebagai
hamba, betapa besarnya rahmat dan rezeki Allah SWT telah kurniakan kepada kami
sekeluarga sebaik pulang dari Tanah Suci. Sama ada yang kami sedar atau tidak
sedar dengan apa yang dikurniakanNYA.
Semasa tulisan blog ini dibuat,
terasa ingin sekali lagi pergi ke Tanah Suci. Mudah-mudahan, saya, keluarga dan
anda semua terpilih menjadi tetamu Allah SWT dan dimurahkan rezeki, dilapangkan
waktu serta kesihatan untuk menjejakkan
kaki di sana.
Ya Allah, Engkau makbulkanlah doa
hambaMU yang sangat merindui untuk bertemu denganMU dan KekasihMU , Nabi
Muhammad SAW….AMIN….
Terima kasih Ya Allah…..
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud “ Suatu umrah kepada umrah yang lain
adalah kafarah (menghapuskan segala dosa) di antara keduanya dan haji yang
mabrur (diterima) itu tiada balasan baginya selain syurga.” – HR Bukhari
Di bawah, antara gambar kenangan....memang bessttt...
Di bawah, antara gambar kenangan....memang bessttt...
Kakak suka susu unta |
Anak2 terkejut tgk ayah botak... |
Rai Hari Lahir ke-4 Humairah di Zam Zam Tower |
menikmati ais krim 3 rial |
Saya dan Humairah di Madinah |
Masjid Nabawi |
Taman Syurga |
Ladang Kurma |
Adik penat... |
Khamis, 27 Disember 2012
Lisa cantik macam ibu
Filem Istanbul Aku Datang antara filem Melayu yang saya
sifatkan antara wajib tonton bagi tahun 2012. Lakonan bersahaja Lisa Surihani
dan Beto memang tidak mengecewakan dalam filem romantik komedi ini. Betullah cakap seorang sahabat saya, pengarah
yang bagus dapat melahirkan pelakon yang mampu menjiwai watak dengan baik.
Walaupun sudah menjadi isteri kepada Yusry KRU, Lisa tetap antara
heroin favourite saya selain Siti Saleha dan Nadiya Nisaa.
Sebaik Istanbul Aku Datang ditayangkan di Astro First, saya
terus mendapatkan DVD filem itu dan tentunya yang Original. Kata, support
indutri filem tempatan.
Seperti biasa, lampu dipadamkan, bagi membangkitkan suasana
dalam panggung wayang. Cewahhh….(layan DVD dalam bilik aje pun)
Saya, isteri, Humairah dan Maisarah mengambil tempat
masing-masing. Sedang kami asyik menonton, si ibu turun ke bawah untuk membuat
susu yang diminta Maisarah.
Humairah yang serius menonton seolah memahami cerita itu
tiba-tiba mengeluarkan ayat yang bagi saya jika ibunya dengar pasti suka giler
tahap gaban.
Humairah: Ayah, mana Lisa? (Sewaktu Lisa tiada dalam plot)
Ayah: Kenapa kakak tanya Lisa?
Humairah: Kakak suka tengok muka dia la.
Ayah: Kenapa kakak suka? (Ayah pun suka tengok Lisa jugak) he
he he
Humairah: Lisa cantik macam ibu.
Ayah: Opppssss…(terbatuk-batuk, terkeluar sisa kacang yang
sedang saya makan) Dalam hati saya berkata,
“Nasib baik isteri saya tidak dengar sendiri apa yang anak dia cakap, kalau tak
kembang la dia,”.
*Harap-harap si isteri tidak membaca blog ini. (Jika baca, AWAS, pastikan dapat mengawal pengembangan lubang hidung anda)
Betui ke, Lisa cantik macam ibu? |
Langgan:
Catatan (Atom)