Entah untuk berapa kalinya, Humairah dan Maisarah nak tengok
cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah. Mereka memang tak serik-serik nak tengok
cerita ini. kalo tak Kak Limah, mesti kena buka cerita Alamak Toyol.
Dan setiap kali mereka tengok cerita macam ini, sudah
menjadi kewajipan si ayah untuk menjadi peneman mereka. Dan setiap kali jugalah banyak soalan si ayah
kena jawab. Soalan-soalan yang si ayah sendiri sukar untuk menjawabnya.
Misalnya- “Kenapa Mak
Limah boleh terbang” dan Pasal apa toyol tu warna hijau dan pakai pampers?”
Macam mana nak jawab tu, tak menggaru kepala si ayah nak jawab.
Humairah: Ayah, hari ini cuti ke school?
Maisarah: Ayah, adik nak tengok CD, sekali aje.
Ayah: Hari ini cuti. Boleh tengok CD. Kakak dan adik nak
tengok cerita apa? Ayah pasang kartun Princess atau Dora ye.
Humairah: Tak naklah.
Maisarah: (geleng-geleng kepala)
Ayah: Habis tu, kakak dan adik nak tengok cerita apa ni?
Humairah: Nak tengok Hantu Kak Limah. Toyol pun boleh (Alamak Toyol).
Maisarah: Adik nak tengok Mak Mah ( refer kepada Hantu Kak
Limah Balik Rumah).
Ayah: Tak takut ke tengok cerita Hantu Kak Limah. Nanti tak
boleh tido pulak.
Humairah: Mak Limah bukan hantu la. Mak Limah tu orang gila
la.
Maisarah: Aaahh…Mak Mah bukan hantu la. Dia momok.
Ayah: Ok, ayah pasang Hantu Kak Limah ye…Tapi jangan
takut-takut ok. Jangan jerit-jerit tau.
Humairah & Maisarah: Ok, ayah (jawab secara serentak)
(Ayah pergi pasang CD. Selepas pasang dan toleh ke belakang,
Humairah dan Maisarah sudah masuk dalam selimut dan suruh ayah juga masuk ke
dalamnya)
Moral: Ayah baring di tengah-tengah. Humairah dan Maisarah berada di celah ketiak ayah)
Moral: Ayah baring di tengah-tengah. Humairah dan Maisarah berada di celah ketiak ayah)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan