Masa kanak-kanak dulu, apa sahaja yang dipakaikan oleh mak aku
pada tubuh aku, diterima dengan hati
terbuka tanpa sebarang bantahan. Aku masih ingat lagi, kemeja T lengan pendek petak-petak
dimasukkan ke dalam seluar seperti ala Mr Bean dengan rambut disikat rapi ke
tepi.
Mak lah bertanggungjawab menjadi perunding imej (Cewahh) aku
masa kanak-kanak dulu. Meningkat dewasa, aku dah ada taste untuk memilih sendiri
baju dan seluar untuk dipakai. Pelbagai gaya rambut pernah aku cuba seperti GI,
flat top, slop, botak dan straightening.
Masa zaman berdating dengan isteri aku, macam-macam stail
digayakan semata-mata nak curi perhatian dia. Mujur segala pelaburan aku
berjaya. Ye la, pelaburan ni banyak risiko dia. Ia ibarat pertaruhan, sama ada
kita dapat atau tidak. Kiranya, aku dah dapat dividen sekarang ni.
Sesudah berkahwin, isteri memang banyak pengaruhi apa yang
aku pakai. Sehinggakan nak beli baju, seluar dan kasut, aku mesti ditemani
isteri. Aku dah hilang touch untuk pilih sendiri. Aku pun tak pasti, kenapa
jadi macam ni? Adakah ia sebab fakor usia atau power mata aku berkurangan.
Bab beli barang-barang yang aku sebutkan kat paragraph 4 tu,
memang memerlukan seseorang yang tahap sabarnya tinggi untuk menemani aku. Bukan senang, sebab ia mungkin mengambil masa
hampir sejam atau lebih untuk aku pilih sepasang kasut. Rakan sekerja aku yang
teman aku baru-baru ni pun, geleng kepala dibuatnya.
Part ini, isteri aku memang sabar dengan aku. Dia boleh
teman aku ke mana-mana untuk pilih barang aku. Dia juga sabar untuk menjawab
soalan yang aku selalu tanya bila dia teman aku nak beli barang aku. Misalnya,
Ok ka saiz ni, cantik tak warna ni, dan etc.
Namun, semalam, aku shopping sendiri. Tanpa isteri di sisi.
Lantas sepasang kasut jogging dan dua helai kemeja aku sambar. Pulang ke rumah,
aku pun mencuba sekali lagi barang yang dibeli setelah mencubanya banyak kali
sewaktu nak buat pilihan untuk membeli.
Selain isteri, aku turut bertanyakan pandangan anak sulung
aku, Hana’ Humairah yang berusia empat tahun. Terkedu aku, bila dia hanya suka
dua daripada tiga barang yang aku beli.
“Ayah, yang ni ayah pakai tak lawa. Tak hansom. Kasut ni,
cantik. Color dia lawa,” kata Humairah kepada aku. (selepas aku bergaya macam
model kat depan dia)
Pengaruh kemeja kotak-kotak memang aku tak dapat nak lari sampai sekarang.
Humairah suka |
Humairah tak suka...ayah tak hansom pakai ni... |
Kasut ni lawa. Kenapa ayah tak beli kat kakak dan adik sekali? Opss |
Wah wah…Now, what??? Sekarang aku dah ada seorang lagi
perunding imej. Tapi aku tak terkejut
jika Humairah bagi komen kat aku. Walaupun baru empat tahun, Humairah memiliki
koleksi kasut yang banyak dan pandai
berfesyen…Tempoh hari, bibik aku kira hampir 100 pasang kasut dia ada. OMG!!
Banyaknya aku habis untuk kasut minah ni…Tapi nak marah pun tak boleh sebab,
aku rasa aku tahu dari mana dia dapat perangai kumpul kasut ni…He he he he..Insyaallah, next blog aku akan update pasal koleksi kasut Humairah...
Moral: Shoping, jangan lupa bawa isteri dan anak.
1 ulasan:
aku dah xleh pakai baju kotak2 dah..sbb advisor aku x suka la beb..hahaha
Catat Ulasan