Permulaan 2013 tidak seperti yang dirancangkan. Saya dan Hana’ Humairah terlantar di hospital
yang jumlahnya jika digabungkan adalah selama 9 hari. Saya di situ selama 3
hari dan Humairah pula 6 hari. Bukan setakat kami berdua, isteri dan Hana’
Maisarah turut menemani kami di sana, ibaratnya kami berkampung di hospital.
Puncanya, saya disahkan kena denggi manakala Humairah pula
demam panas sehingga suhu badannya mencecah 40.7. Memang, itu bukan yang saya rancangkan untuk
permulaan tahun baru ini tetapi kita manusia sekadar merancang.
Kuasa bukan di tangan kita sebaliknya Allah SWT sudah
terlebih dahulu merancang apa yang terbaik buat hambanya. Syukur Alhamdulillah
dan terima kasih. Kami seisi keluarga menerimanya dengan redha dan bersyukur
kerana diberi peluang untuk masih bernafas di dunia milik-NYA.
Saya memang segan dengan hospital apatah lagi nak buat
pemeriksaan kesihatan. Seram sejuk saya dibuatnya bila nak kena pergi hospital.
Berbuih mulut mak dan isteri saya
berleter mengenainya, tapi saya buat dek aje. Tetapi kali ini saya tidak dapat
mengelak. Disangkakan demam biasa aje yang boleh disetelkan dengan panadol,
tapi saya silap. Suhu badan makin meningkat, pening kepala, sakit tekak dan
sakit badan. Lemah semacam aje. Ohhh, selepas dua kali ujian darah dilakukan,
rupanya kena denggi….
Selama beberapa hari di hospital, saya dikehendaki menjalani
pemeriksaan kesihatan. Bagi saya, duduk di hospital membuatkan saya terasa
seperti kereta rosak yang masuk bengkel. Dari satu masalah ke satu masalah.
Macam-macam penjelasan doktor bagi. Ada bagusnya juga saya kena tahan wad, ia membuatkan saya sedar betapa kita perlu
menghargai kesihatan diri. Jika tidak sihat, apa pun tak boleh buat. Siapa yang
rugi, lu pikir la sendiri!
Terlantar di hospital juga membolehkan saya melihat erti
kasih sayang sebenar. Isteri terutamanya. Tetap setia menemani saya siang dan
malam. Walaupun saya suruh dia balik
rumah untuk menemani anak-anak sebelum Humairah ditahan wad. Dia tetap setia di
samping aku.
Terima kasih banyak-banyak. Saya amat menghargainya.
Walaupun kesibukan, ayah tetap datang melawat saya dan Humairah setiap lewat
malam. Mak, mak mertua, adik dan adik beradik ipar turut menelefon bertanya
khabar dan melawat. Ada juga rakan-rakan
dan saudara mara yang SMS dan WhatsApp agar cepat sembuh. TQVM semua.
Jika saya dan isteri resah di hospital, berlainan pula dengan
Humairah dan Maisarah. Berkampung di
hospital sudah seperti vacation di hotel.
Ada satu part di mana Humairah cakap dekat aku, “ Ayah, hospital ni best
dan cantik”.
“Aikk, apa yang bestnya,” tanya saya.
“Ye la, ada tv, air cond, bilik pun cantik. Boleh main-main
kat tempat mainan (merujuk pada bilik mainan untuk kanak-kanak). Macam
hotel. Tapi swimming pool aje takda,”
katanya.
Sambil adiknya, Maisarah menganggukkan kepala tanda setuju
dengan kakaknya.
Saya dan isteri hanya mampu tersenyum mendengar kata-kata
Humairah itu.
Sebaik Humairah dibenarkan keluar dari hospital Sabtu lalu,
memang kami amat lega. Paling best, Humairah dan Maisarah masing-masing
mendapat hadiah. Alasan mereka, sebab dah keluar hospital.
Apa boleh buat, sayang punyal pasal, dibelikan juga……(mood
ceria)
|
Shasha (kanan) teman Humairah makan. |
|
Maisarah (depan) dan Uzma satu kepala. |
|
Sehari sebelum discharged. |
|
Pose selepas discharged. |