Pagi-pagi lagi, Humairah dah bangun dan bersiap untuk melihat
tadikanya. She’s so excited and full of spirit. Baguslah macam itu. Jangan jadi
macam aku yang takut nak ke tadika sampai menyorok bawah katil dan kunci pintu,
sehingga ayah aku terpaksa pecahkan pintu untuk pujuk aku ke tadika..He he
he (itu semua cerita lama)
Pusing punya pusing, kami masih belum berjumpa dengan tadika
yang sesuai. Sorry Humairah, mission to be continued. Misi kami tidak berhenti di situ, Humairah
ajak ke Baskin Robbins (BR) pula. Sebagai ayah yang loving (Jangan marah ye, Ibu)
aku ikut aje. Dah menjadi macam satu kemestian seminggu sekali,
Humairah dan Maisarah mesti ke BR. Wahhh!!! Budak2 sekarang.
Suka sangatttt... |
Kedua, Ahad, 23 September. Aku ke kursus Haji. Cewahhh…bukan
aku yang pergi Haji tapi aku sekadar menemani mak aku mengikuti kursus Haji di
bawah bimbingan tokoh agama terkenal, Dato’ Ustaz Haji Md Daud Che Ngah.
Memang aku tak lepaskan peluang bila mak inform aku, yg
Dato’ akan bagi kursus tu. Siapa tak kenal dengan Daud Che Ngah. Sejak aku
sekolah rendah lagi, dia memang memang popular dan pakar serta menjadi sumber
rujukan bagi jemaah yang ingin menunaikan haji dan umrah.
Aku memang terdedah dengan ceramah-ceramahnya sejak
kanak-kanak terutama dalam program Forum Perdana dulu. Seingat aku, sewaktu emak dan
ayah aku pergi menemui Baitullah pada 2002 buat kali pertama, CD Dato’ dijadikan panduan teori dan
praktikal. Malah, jika aku tak silap, CD
tersebut banyak memberi manfaat kepada saudara mara aku yang meminjamnya untuk
rujukan mereka.
Walaupun sekadar menemani emak, aku bersyukur sebab dapat
bertemu dengan Dato’ dan menimba tips berguna dari beliau. Bukan itu sahaja, aku turut menerima beberapa buah buku hasil
penulisan beliau iaitu Kursus Kesempurnaan Ibadat- Haji & Umrah,
Tuhan…Terimalah Aku dan paling best, catatan yang ditulis beliau pada aku dan
isteri:
Maisarah pejam mata sebab malu... |
Am & Ain
Didoakan agar dapat panduan menyeluruh dan lengkap semasa
menunai haji dan umrah serta ziarah. Insyallah mendapat Mabrur. Wassalam. (siap tandatangan lagi)
Dato’ sempat berpesan agar, memanfaatkan ilmu yang
diberinya, semoga syafaat dan berkat itu dapat juga kepada dirinya. Insyaallah,
Dato'.
·
Semoga suatu hari nanti, aku dan isteri menerima
panggillan Yang Maha Esa untuk menunaikan Haji sebagai satu jalan jihad dan
penghapusan dosa.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud “ Suatu umrah kepada
umrah yang lain adalah kafarah (menghapuskan segala dosa) di antara keduanya
dan haji yang mabrur (diterima) itu tiada balasan baginya selain syurga.” – HR
Bukhari
Tiada ulasan:
Catat Ulasan