Rutin dialog ayah dan anaknya bernama Hana’ Maisarah, 2 tahun,
selama lima hari dalam seminggu setiap kali ayah tiba di rumah dari pejabat.
Maisarah atau adik kebiasaannya akan menjerit-jerit sebaik
melihat ayah muncul di depan pintu rumah.
“Ayah, balik…ayah balik…ayah balik..,” jerit adik.
Adik akan memanggil ayah dengan suara manjanya sambil
meminta dia didukung.
Isnin
Ayah: Maisarah, belajar apa dekat school hari ini?
Maisarah: Adik belajar Alif,
Ba, Ta, Sa
Selasa
Ayah: Hari ini dekat school,
adik belajar apa?
Maisarah: Alif, Ba,
Ta, Sa
Rabu
Maisarah: Ayah, adik nak sugus. Satu untuk adik, dan beli
untuk kawan-kawan.
Ayah: Ok.
Ayah: Adik, belajar apa hari ini?
Maisarah: Adik bagi kawan-kawan sugus. (Merujuk sugus yang
dibelikan ayah di Stesen Petronas sewaktu hendak pergi school).
Adik belajar Alif, Ba,
Ta, Sa, ….Ja..diulang-ulang
beberapa kali sebelum bersambung pula dengan
A, B, C, D…(sambil tangan adik
mengira di jari)
Khamis
Maisarah: Ayah, bila cuti?
Ayah: School lagi
dua hari, lepas tu cuti.
Maisarah: Ok.
Ayah: Buat apa kat school hari ini?
Maisarah: Alif, Ba,
Ta, Sa, Ja, Ha, Ho…One, two, three, four..(naik tangga menuju bilik tidur sambil mulut pot pet
pot pet)
Jumaat
Ayah: Hari ni last school,
ok. Esok, Sabtu, cuti. Ayah bawa pergi swimming pool, ye.
Maisarah: Yeeeahhh….Satu aje lagi…(Sambil adik menunjukkan
jari telunjuk macam simbol 1Malaysia pada ayah)
Ayah: Adik, belajar apa kat school hari ini?
Maisarah: Alif, Ba,
Ta, Sa, Ja, Ha, Ho….A, B, C, D…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan