Sejak
Palestin diserang hebat oleh tentera Israel, pelbagai reaksi dilakukan rakyat
negara kita. Tidak ketinggalan, masyarakat seluruh dunia yang mengutuk tindakan
tidak bertamadun itu. Sememangnya, kita semua cintakan keamanan yang anti
keganasan serta peperangan.
Demontrasi
jalanan, protes di FB, Twitter antara mekanisma yang dipilih untuk menentang
keras tindakan Israel itu. Ini termasuklah tindakan boikot.
Apa itu boikot?
Korang
tahu apa itu boikot? Boikot atau pemulauan adalah tindakan untuk tidak
menggunakan, membeli atau berurusan dengan seseorang atau suatu organisasi
sebagai wujud protes atau sebagai suatu bentuk pemaksaan.
Perkataan
boikot berasal dari serapan Bahasa Inggeris iaitu ‘boycott’. Tindakan boikot
boleh dianggap sebagai satu tindakan yang popular tetapi bukan mudah untuk
mempraktikkannya.
Jadi,
apa makna boikot terhadap masyarakat kita sebenarnya?
Contoh 1
Sebaik keluar
berita Palestin diserang tentera Israel dimainkan
di media cetak dan elektronik, tiba-tiba sahaja kempen memboikot barangan
Yahudi dilakukan atau berjalan. Di mana-mana sahaja, kedengaran ajakan untuk
kita memboikot barangan jualan Yahudi, misalnya Starbucks Coffee, Coca-Cola dan
McDonalds.
Tetapi,
yang peliknya tentang masyarakat kita, khususnya umat Islam sendiri, sebelum
peristiwa berdarah itu berlaku, tidak ada pula tindakan memboikot ini
dilakukan. Kita lepak sahaja di Starbuck. Minum Coca-Cola dan makan juga di
McD.
Seolah-seolah
tindakan memboikot ini satu tindakan bermusim. Apabila serangan Israel sudah
reda dan makin dilupakan, kempen boikot pun tidak kedengaran lagi. Perlahan-lahan, kita membeli atau menggunakan semula
produk yang diboikot itu. Apa cerita semua ini?
Memang
ia bukan satu tugas mudah untuk kita secara tiba-tiba memboikot barangan-barangan tertentu yang sudah
menjadi darah daging kita selama ini. Ia ibarat candu yang mengakibatkan
ketagihan. Seperti juga penghisap rokok yang ingin membuang tabiat merokok.
Bukan mudah bukan? Tanyalah kepada mereka yang perokok tegar.
Tapi
kita boleh mencuba sedikit demi sedikit. Tidak usahlah boikot terus kesemuanya
tetapi belajar perlahan-lahan untuk mengurangkan penggunaan atau pembelian
produk Yahudi.
Bagi
saya sendiri yang kaki kopi. Memang Starbucks Coffee merupakan wujudnya kopi
yang dihasilkan dari biji kopi terbaik di dunia. Saya sedang berusaha untuk
mematikan nafsu kopi apabila melewati
cawangan-cawangan Starbucks di negara ini. sebagai langkah permulaan, saya
membawa flask berisi air kopi jenama 434 hasil air tangan orang rumah saya ke
pejabat bagi mengelakkan saya singgah di Starbuck. Amacam?
Bagaimana pula hendak memboikot McD? Makanan ringan yang popular dan seolah sudah serasi di kalangan masyarakat kita. Memang sukar,tetapi kena berusaha perlahan-lahan untuk melakukannya. The most important thing, adalah action! Bukan sekadar bercakap sahaja.
Bagaimana pula hendak memboikot McD? Makanan ringan yang popular dan seolah sudah serasi di kalangan masyarakat kita. Memang sukar,tetapi kena berusaha perlahan-lahan untuk melakukannya. The most important thing, adalah action! Bukan sekadar bercakap sahaja.
Contoh 2
Penyokong kelab
bola sepak Manchester United (MU) dan fans Liverpool saling anti sesama mereka.
Dua kelab Inggeris ini memiliki tradisi kegemilangan yang dibanggakan penyokong
masing-masing. MU dengan 19 kejuaraan EPL manakala Liverpool pula 18 kali bergelar
juara.
Setiap kali, dua
kelab ini bertemu, pasti akan timbul kutuk-mengutuk di FB dan saling memboikot.
Jika MU kalah, pasti teruk penyokongnya ‘dianjingkan’ penyokong Liverpool.
Begitu juga sebaliknya.
Peliknya,
walaupun boikot, kedua-dua penyokong masih tetap ambil kisah prestasi dan
aktiviti jual beli pemain kedua-dua kelab ini. Siap bagi komen di ruang SMS
atau FB tentang kelab lawan.
Kata boikot?
Contoh 3
Contoh 3
Sebelum
ini, banyak kempen boikot media mainstream
dilakukan. Misalnya, kempen ‘Kami
Boikot Buletin Utama TV3’, ‘Kami Boikot Utusan Malaysia’ atau ‘Kami boikot TV3’.
Tetapi
sedarkah anda yang melakukan boikot itu bahawa anda masih juga menonton
rancangan lain di TV3 dan ada juga yang membaca artikel lain di dalam Utusan
Malaysia. Misalnya, rancangan Anugerah Skrin, Juara Lagu dan Cerekarama masih
juga dalam keluarga TV3.
Jika
sudah boikot, buat apa hendak menonton lagi….
Contoh 4
Tindakan si suami yang memulaukan si isteri akibat salah faham tentang hal-hal tertentu. Misalnya, dengan memulaukan isteri dengan cara tidak mahu bercakap dengan isteri, tidak tidur sekatil dan enggan makan masakan isteri.
Tetapi, berapa lama seorang suami itu mampu bertahan tanpa si isteri di sisinya? Kaum lelaki, sila jawab pertanyaan ini. Memang sudah fitrah dijadikan lelaki itu untuk berpasangan dengan wanita dan wanita dijadikan untuk lelaki.
Si suami pasti cair dengan belaian manja dan pujuk rayu si isteri. Apa lagi jika, 'takungan' air pada tahap melebihi kepala yang mana tidak bersama untuk satu tempoh tertentu, boleh jadi tak tentu arah si suami. Ibarat harimau menerkam mangsanya bila ada peluang. Kepada si suami, jika boikot, kenapa jika diberi, anda mahu!
Kesimpulannya, apa makna boikot pada masyarakat
kita, sebenarnya? Hati manusia ibarat air laut, ada pasang ada surut, bergelora
bila ribut, tenang bila tidak serabut…
So,
fikirlah sendiri tentang tindakan boikot yang dilakukan.
Antara tindakan boikot yang terpahat dalam sejarah adalah dalam sejarah India. Mahatma Gandhi adalah antara yang terkenal pernah melancarkan boikot
barangan Inggeris untuk menuntut kemerdekaan tanahairnya. Pengaruh boikot ini
sangat besar dalam membebaskan India dari kekuasaan penjajah ketika itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan