Humairah very excited dengan lagu baru Darul Fawwaz, manakala
Maisarah hanya ikut sahaja kakaknya. Kadang-kala, aku hanya dengar ayat
penghujung saja suara Maisarah.
Mereka berlatih tidak kira waktu. Siang atau malam. Di mana sahaja, dalam kereta atau bilik tidur
pun mereka nyanyi bersama.
Pagi itu, sedang mereka berdua mencari baju yang hendak
dipakai, Humairah bertanyakan kepada sesuatu kepada Granny.
Humairah: Granny,
tak nak ikut pergi konsert kakak ke?
Granny: Tak ikut
kot. Granny ada banyak keje.
Humairah: Alah,
ye ke. Best tau konsert, kakak.
Granny: Apa yang
bestnya?
Humairah: Ada Siti Nurhaliza. Dia datang konsert
kakak.
Granny: Betul ke?
Humairah:
Iyaaaaaa….betul. Tak caya sudah. Ustazah yang cakap. (Dengan nada bersungguh-sungguh, mata
membulat)
Moral: Humairah dan Maisarah memang suka sangat dengan Siti
Nurhaliza. Setiap kali lagu Muara Hati nyanyian Siti dan Hafiz ke udara, mereka
akan ikut nyanyi bersama. Itu belum tengok cerita Adam dan Hawa lagi.
Pose istimewa untuk konsert dari Humairah (kiri) dan Maisarah. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan