Satu kisah pada satu malam, ayah memandu kereta sambil
ditemani dua orang anaknya, Humairah dan
Maisarah. Kami dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menikmati Tutti Frutti.
Sebelum tiba di rumah, dialog ini terbit secara spontan yang agak mencuit hati aku…
Ayah: Kakak, tangan untuk apa?
Humairah: Tangan untuk sentuh.
Ayah: Mata pulak untuk apa?
Humairah: Mata untuk tengok benda lah..
Ayah: Ok, mulut untuk apa pulak?
Humairah: Mulut mestilah untuk cakap dan makan.
Ayah: Telinga untuk apa?
Humairah: Untuk dengar.
Ayah: Kaki?
Humairah: Kaki untuk jalan.
Ayah: Hidung pulak untuk apa?
Humairah: ( Humairah diam seketika, mungkin berfikir kot) Lepas
itu, dia jawab, hidung, mestilah kena
korek.
Ayah: ???????
1 ulasan:
hahahaha....klakar tul ank buah mak ngah...."mama adelia"
Catat Ulasan